Monday, November 24, 2014

Tips ke National Museum of Korea (NMK)

Cara mudah untuk ke NMK, bermula dari tempat tinggal kami iaitu Itaewon. Bermula dengan menaiki train warna coklat (Line 5) dari Itaewon Station ke Samgakji Station. Kemudian tukar ke train warna biru (Line 4) menghala ke Ichon Station. Apabila keluar dari station, keluar sebelah kanan yang menunjukan mural Muzium. Jalan sekitar 5 minit di dalam terowong menghala ke NMK. Dan anda akan sampai ke bangunan NMK selepas menaiki tangga. Masuk adalah percuma dan dibukak setiap hari kecuali hari isnin. Untuk pameran khas sahaja akan dikenankan bayaran. OK, nanti saya akan share lagi gambar-gambar menarik di dalam Muzium ini.

Perbelanjaan :
T-Card Pergi-Balik  1050W x 2 (RM4 x 2)
Entrance Museum   Free








No comments:

Post a Comment